Monday, December 7, 2009

ADA CAJ TERLIBAT KE?

Sales/switching charge: semua unit amanah memang ada initial charge ( kecuali ASB & AS 1 Malaysia ). Initial charge akan di charge sekali saja masa initial investment dibuat ( utk Public Mutual la ye ) dan untuk Investment via EPF skim, initial chargenye ialah 3.0%.

Contoh: Encik A memindahkan RM 4500 dari akaun 1 KWSP nya untuk dilabur dalam unit trust. Dana yang dipilih ialah Public Islamic Dividend Fund (PIDF).

Jadi

Total Investment Encik A ialah RM 4500 iaitu amaun yang kita request untuk transfer dari EPF.
working money ialah RM4500 – 3% = RM 4368.93

Dulu initial caj tu kita kena bayar separately. Contohnye

kita invest RM4500, initial caj nye 3.0% (RM135.00), jadi yang RM135.00 tu kita bayar separately.

Tapi sekarang tidak lagi, dia caj pada duit yang kita masuk tu jugak. Percentagenya berbeza-beza pada setiap Investment company. CIMB cajnye lain, OSK cajnye lain, ASN cajnye lain…

Basically caj ini adalah Fee untuk:

Fund Manager yang uruskan pelaburan tu.
Pemegang amanah – ( PM Islamic punye ialah Amanah Raya Trustee dan Konvensional nye Maybank trustee )
Auditor
Dan lain2 la.

Ada UT yang lain yang ada ‘Exit Fee’ iaitu ada caj jugak bila kita nak keluarkan duit tu. Untuk P Mutual takde exit fee ni. Caj nye sekali je masa initial.


Nilai seunit/Net asset value ( NAV )

NAV dalam erti kata yang lain ialah pricing satu-satu dana tu.Ianya boleh berubah-ubah setiap hari. Mungkin lebih, mungkin kurang, boleh tengok dalam surat khabar ( Utusan atau NST senang nak tengok ) kat muka surat saham pastu ada Unit Amanah punye bahagian. Secara mudahnye, jangan jual bila NAV bawah pricing kita beli. Kalau masa NAV dah lebih, kalau nak jual silakan.
NAV juga akan berubah bila satu-satu dana tu umumkan agihan (distribution )