Tuesday, January 26, 2010

SHEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHAB PELOPOR GERAKAN WAHABI

Telah menjadi satu kenyataan, awal abad ke 12 Hijrah merupakan masa dimana keruntuhan akhlak dan aqidah Islam berada pada tahap yangmenghinakan di seluruh negara Islam. Keadaan Ummat Islam pada masa itu amat jauh berbeza dengan keadaan Ummat Islam di zaman Rasulullah S.A.W sehingga ia menjadi tandatanya bukan saja kepada orang Islam malah termasuk orang bukan Islam. Seorang penulis Amerika Lothdrop Stoddard telah menggambarkan dengan jelas keadaan keruntuhan Ummat Islam di zaman ini.Mengikut pendapat Amir Shakib Arsalan, ketegasan dan ketepatan gambaran yang diberikannya itu tidak dapat ditandingi oleh cerdik pandai Islam yang lain:
"Agama Islam hancur seperti hancurnya agama-agama lain. Keesaan Allah di dalam ajaran Islam telah dibebankan dengan pembiakan berjenis-jenis teori karut dan ajaran salah. Masjid-masjid kosong dan menanti runtuh, dipulau oleh sijahil yang sibuk dengan
tangkal azimat, jampi serapah dan tasbih. Mereka lebih memberi perhatian kepada Faqih dan Tok Lebai yang sesat. Mereka menunaikan haji di kubur-kubur 'orang wali' yang disembah sebagai perantaraan atau keramat. Ajaran Qur'an tidak dihiraukan sehingga Mekkah dan Madinah menjadi tempat di asingkan. Boleh dikatakan hidup mereka sudah lari dari ajaran Islam. Jikalaulah Nabi Muhammad balik ke dunia, sudah tentulah baginda akan menganggap mereka sebagai murtad atau penyembah berhala" .

Di tengah keadaan yang tidak menggalakkan itu Muhammad bin Abdul Wahab dilahirkan dalam tahun 1703 di tengah sebuah keluarga yang terkenal dengan alim dan mulia di Nejd. Di masa kanak-kanaknya beliau sudah menunjukkan sifat-sifat luar biasa dari orang lain. Apabila Muhammad bin Abdul Wahab meningkat dewasa, beliau sudah dikenali di seluruh Arabia sebagai seorang alim yang bijak. Dia mula dikerumuni oleh ramai murld-murid.
Muhammad bin Abdul Wahab masih lagi dahagakan ilmu sehing-gakan dia pergi ke Mekkah, Madinah dan akhirnya ke Iran untuk belajar. Di Iran beliau menuntut ilmu dari beberapa orang ulamak di sana. Apabila beliau balik ke Nejd, pemerintah kawasan itu merasa bimbang terhadap pengaruhnya yang mungkin akan menghancurkan kuasanya. Kerana kebimbangan inilah salah seorang dari pemimpin Nejd telah mengirim amaran kepada Gabenor di situ:
"Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab melakukan perkara yang bercanggah dengankehendak dan kesukaan saya. Oleh itu kamu mesti bunuh dia sekarang. Jika tidak kami tidak akan membayar subsidi kepada kamu'".
Mendengar khabar itu, Sheikh Muhammad dengan beraninya mengatakan:
"Pendirian yang saya pegang dan risalah yang saya laungkan kepada setiap orang ialah 'La illaha illallah -Tiada Tuhan melainkan Allah' Aku menyeru kepada prinsip asas Islam iaitu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Jikalau kamu memegang teguh risalah ini, InsyaAllah, Allah akan mengalahkan musuh-musuh kamu".
Dengan sikap hati batu, Gabenor di situ telah mengusir Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab keluar dari daerahnya sehingga beliau terpaksa berjalan kaki menyeberangi padang pasir yang panas menuju ke tempat buangan. Di dalam perjalanannya, Sheikh telah disambut oleh Amir Muhammad Ibn Saud yang berjanji untuk bekerjasama menjayakan rancangan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sheikh Muhammad bin abdul Wahab tidak berpuas hati dengan hanya berdakwah. Beliau bercita-cita untuk menubuhkah sebuah masyarakat di mana Islam dalam keadaan tulen menjadi perlembagaan hidup. Di bawah pemerintahan Amir Muhammad Ibn Saud, cara hidup, aqidah dan perangai rakyatnya bertukar dengan sepenuhnya. Belum pada itu, sebahagian besar dari penduduk Mekkah dan Madinah hanyalah Islam pada nama sahaja. Mereka tidak mengetahui apa-apa melainkan mengucapkan dua kalimah syahadah. Sekarang mereka diperintah untuk sembahyang berjemaah, puasa bulan Ramadhan dan membayar zakat. Tembakau, sutera dan symbol kemewahan telah dihapuskan sama sekali. Cukai yang tidak berunsur Islam juga dihapuskan. Inilah pertama kali dalam berabad-abad lamanya, orang Badwi dapat hidup dalam aman dan senang lenang. Mereka tidak perlu lagi risau tentang lembu atau harta mereka dicuri orang. Sehinggakan hamba kulit hitam
berani membuat pengaduan di hadapan kaum yang terberani serta yang tergagah dan si hamba itu disuruh membilang kesalahannya begitu saja dengan ikhlas hati. Perbalahan mazhab berkurangan apabila ulamak dari setiap mazhab yang diiktiraf bergilir-gilir menjadi imam sembahyang berjemaah di masjid. Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab terbukti seorang mujaddid yang terkenal yang boleh dianggap sebagai pengganti kepada Imam Ahmad bin Ibn Hanbal dan Ibn Taimiyyah. Seperti mereka ini, Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab menolak fahaman akal Muktazilah. Beliau menekankan supaya isi Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang sahih mestilah diterima dan diikuti menurut makna ayat yang ringkas dengan tidak bersoal. Beliau juga menekankan tentang betapa pentingnya Qur'an itu tidak disertakan dengan tafsir yang berunsur mistik. Beliau juga menentang amalan mewarna Qur'an dengan warna berkilat-kilat. Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab juga merasa kurang senang melihat ramai orang terlalu memberi ketaatan kepada tafsiran isi Qur'an berbanding dengan isi Qur'an itu sendiri serta hadith-hadith Rasulullah.Pada hal, tafsiran ialah karangan manusia, yang berkemungkinan salah. Beliau
menjelaskan, jika teks Qur'an dicampur adukkan dan dikucar-kacirkan dengan tafsiran-tafsiran maka kemungkinan Ummat Islam tidak lagi dapat menikmati keaslian teks Qur'an yang asal. Mereka akan terjerumus ke dalam kesesatan yang telah diamalkan oleh Yahudi dan Nasrani.

Walaupun dalam perkara Syariah, beliau mengikuti Hanbali, namun begitu, beliau tidak mengikutnya dengan membuta tuli dalam semua perkara. Di dalam tulisannya, dia tidak membangkang sesiapa saja dari orang Islam yang ingin berpegang kepada mazhab Islam yang tiga itu. Dengan pancaran hati yang terang. Sheikh Muhammad berpendapat, mengikut kajiannya, keruntuhan Ummat Islam pada masa itu berpunca dari kaitan mereka dengan mistik dan Tassawuf. Walaupun begitu Sheikh tidak menentang Tassawuf dengan
membuta tuli. Pada masa mudanya, beliau telah belajar dengan teliti dan perasaan simpati dengan seluruh cabang ajaran Sufi di Iran. Apabila umurnya meningkat tua, beliau menyedari bahawa penyalahgunaan Tassawuf telah tersebar luas dan dianuti oleh ramai Ummat Islam. Ianya adalah seperti air yang bersih dan halal tetapi terpaksa diharamkan oleh doktor jika ianya membahayakan pesakit. Tassawuf dari segi prinsipnya halal tetapi jika ia boleh membawa bahaya maka ianya hendaklah ditolak ke tepi.
'Warnakanlah tikar sembahyang kamu dengan arak jika ketua Tasawwuf kami memerintahkannya'.
Dengan terang, pemikiran seperti ini adalah syirik. Mereka lidak dapat membezakan kepada siapa yang perlu diberi ketaatan, Allah atau ketua Tasawwuf. Sheikh-sheikh di Arabia pun sedar bahawa Ummat Islam telah ketagih dengan Sufi ini. Inilah perkara yang menidurkan mereka dan menahan mereka dari kecergasan dan pergerakan. Itulah sebabnya Sheikh Ahmad bin Abdul Wahab memilih strategi untuk menentang penyelewengan dalam soal mistik yang terang-terang bercanggah dengan prinsip aqidah dan keesaan Allah.Prinsip aqidah dan keesaan Allah amatlah penting dalam Islam. Beliau
menentang dengan keras sekali perkara-perkara seperti bidaah, menyembah keramat, menyembah tanda-tanda dan menyembah kubur. Di samping itu, Sheikh juga menentang amalan yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah yang lazim dilakukan pada masa itu seperti mendirikan masjid dan bangunan di atas kubur. Beliau memerintah supaya semua ini diruntuhkan. Walau pun begitu, beliau tidak membantah menziarahi kubur untuk mengingati mati. Perkara seperti menyembah datuk nenek, meminta pertolongan dari orang dalam kubur dan membuat orang mati sebagai perantaraan dengan Allah ditentang hebat oleh Sheikh. Sudah menjadi sunnatullah, Sheikh mendapai tentangan hebat dari semua penjuru. Musuh-musuhnya cuba untuk meyakinkan orang ramai bahawa apa yang diajar oleh Sheikh itu ialah agama rekaan baru yang tidak ada kenamengena dengan ajaran Islam. Mereka memfitnah bahawa Sheikh Ahmad cuba mereka-reka mazhab baru dan akan melabelkan sesiapa yang enggan menurut mazhabnya sebagai kafir. Fitnah ini tidak mempunyai kebenaran langsung. Musuh-musuhnya mula menamakan pengikut-pengikut Sheikh Ahmad sebagai 'Wahabi'.

Selepas Amir Abdul Aziz meninggal dunia, anaknya menggantikannya.Amat malang sekali, anaknya itu tidak mempunyai banyak ilmu dalam soal kenegaraan dan diplomasi. Beliau telah mengapi-apikan pengikut Wahabi supaya melawan kerajaan Islam Turki yang wujud pada masa itu. Kalaulah dia seorang yang bijaksana, dia patutlah mengelakkan diri dari menumpahkan darah sesama Islam. Semua ini berlaku kerana sifat mementingkan diri sendiri di mana mereka ini ingin menjadi pemerintah. Di mata Turki, nama Wahabi amatlah dibenci. Kesilapan ini telah mencetuskan peristiwa malang di mana Mesir telah menyerang Arabia untuk menghancurkan pergerakan Wahabi. Muhammad Ali ialah pemerintah Mesir yang berbangsa Albania. Selepas peperangan sengit di Taif, Muhammad Ali menyerang dan mengalahkan Wahabi. Lebih dari 50,000 pengikut Wahabi dibunuh. Mayat-mayat bergelimpangan di seluruh bandar. Selepas kekalahan ini, orang-orang Wahabi sekali lagi dizalimi. Semua ketua ketua Wahabi dikumpul dan dibunuh di khalayak ramai. Mayat-mayat mereka diberi makan kepada anjing. Bandar-bandar yang berdekatan telah diceroboh, pohon kurma ditebang, tanaman dan binatang ternakan dibunuh serta rumahrumahdi bakar hangus. Orang-orang tua, orang sakit, perempuan dan kanak kanak di bunuh tanpa kasihan belas. Mendengar berita tersebut kerajaan British yang takut kepada kebangkitan Islam itu amatlah gembira sekali dengan perbuatan Muhammad Ali dan anaknya Ibrahim. Kerajaan British telah menghantar satu delegasi khas dari India untuk mengucapkan syabas kepada Muhammad Ali dan anaknya Ibrahim. Rombongan itu diketuai oleh Captain George Forester Sadlier.
Dalam tahun 1900, seorang padri Kristian Samuel Zwemer menulis:

"Pergerakan Wahabi telah dapat dihapuskan. Kesan politik akibat dari pergerakan Wahabi hanyalah kejutan sementara. Kekuatan bangsa Saudi hanya tinggal dalam sejarah sekarang".

Ramalan ini didapati salah kerana kurang daripada suku abad selepas itu, Sultan Abdul Aziz telah menakluki seluruh Semenanjung Tanah Arab melalui usahanya sendiri. Pada peringkat awalnya, bukan saja orang-orang di Tanah Arab malah seluruh Ummat Islam di merata dunia tidak sabar-sabar lagi ingin melihat kebangkitan Islam se dunia di bawah pimpinannya. Malang sekali, harapan ini jatuh berkecai. Apabila beliau mengistiharkan bahawa beliau akan menegakkan sistem beraja, teranglah bahawa Raja Ibn Saud menggunakan Wahabi sebagai alat untuk mencari kuasa bagi dirinya. "Di sepanjang hidupnya, Ibn Saud suka bercakap tentang Islam sebagai tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya tetapi menjadi jelas sekarang bahawa kepentingan dirinya untuk menjadi raja mengatasi kesungguhannya untuk memperjuangkan Islam. Kata-katanya- yang manis telah dapat menipu ramai orang termasuk dirinya sendiri. Dia seorang sederhana, bersopan santun tetapi dia membiarkan dirinya menyertai orang yang di sekelilingnya dalam hidup membazir dan kemewahan yang berlebihan. Dia kuat beragama tetapi jarang sekali dia memikirkan tentang tujuan upacara-upacara ibadat. Beliau menunaikan sembahyang lima kali sehari dengan sempurna dan menghabiskan masa berjam-jam beribadat di malan hari tapi dia tidak mengetahui bahawa sembahyang hanyalah jalan bukannya matlamat. Beliau bercakap tentang kebesaran cara hidup Islam tetapi beliau tidak membuat apa-apa usaha untuk membentuk sebuah masyarakat maju yang berlandaskan cara hidup Islam. Beliau tidak pernah cuba untuk mencari kesilapan dirinya sendiri tetapi menggunakan segala helah akal untuk menganggap apa yang dibuatnya semuanya betul, walaupun terang-terang salah. Pcngampu-pengampu di kelilingnya tidak membuat apa-apa untuk memperbaiki kelemahannya. Masing-masing merebut-rebut untuk mencari harta pemberian."

Yang sebenarnya, Ibn Saudlah yang menghancurkan harakah Islam di Arabia dengan mengizinkan carigali minyak oleh syarikat syarikat minyak Amerika pada tahun 1932. Kalaulah beliau masih berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam sudah tentulah beliau menolak syarikat itu. Dengan cara ini, ianya dapat menahan atau melambatkan untuk beberapa kurun pengaruh kebudayaan barat dari bertapak di Saudi Arabia. Akhirnya, perjuangan untuk menegakkan masyarakat Islam tertimbus dalam ketamakan harta dunia. "Semangat perjuangan Islam Wahabi mati di hari Amerika menemui minyak
dengan banyak di Saudi Arabia. Semenjak 1912, berterusan selama 30 tahun seluruh hidup dan aktiviti negara dikawal oleh prinsip-primip Islam. Tepat masuk waktu sembahyang, semua perniagaan dihentikan, pintu kota ditutup dari keluar masuk dan sekian penduduk lelaki berduyun-duyun ke masjid. Sekarang semuanya sudah bertukar. Minyak memberi kesan kepada social ekonomi rakyat berkali ganda. Kekayaan yang melimpah telah menyebabkan anak-anak raja dan orang kaya bersenang lenang mengikut cara hidup Barat. Mereka mula biasa dengan perlancungan keluar negeri, pakaian rekaan asing dan kemewahan cara asing yang berbagai rupa. Minyak jugalah yang menyebabkan berlakunva proses perpindahan dari negara menyebabkan masyarakt Saudi Arabia bertukar dari yang asal. Pendatang-pendatang terdiri dari Pegawai-pegawai dan buruh-buruh yang memburu kerja, peniaga-peniaga yang mencari keuntungan cepat dan pengilang-pengilang yang ingin melabur. Yang membimbangkan sekali, terdapat guru-guru dan ahli teknikal yang memberi sumbangan yang besar dalam mmbaratkan generasi muda. Mereka berpakaian seperti orang Eropah dan berkelakuan tidak berbeza dan orang barat. Adalah tidak lama masanya di mana Saudi Arabia akan di baratkan seperti yang berlaku pada negara jirannya".

Walaupun pergerakan Wahabi dari segi politiknya berpusat di Saudi Arabia, tapi semangatnya telah memberi kesan yang menyegarkan ke stiap penjuru dunia Islam. Perjuangannyalah yang akhirnya menjadi inspirasi kepada pergerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Dengan pertolongan mujaddid-mujaddid seperti Ahmad bin Abdul Wahab inilah, Islam dapat dihidupkan kembali dan diselamatkan dari mala petaka.

Monday, January 4, 2010

SIKAP AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH TERHADAP WAFATNYA HUSAIN BIN ALI DI KARBALA

Di dalam kitab beliau "Ar-Radd 'alal Rafidhah", Asy-Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab menukilkan ucapan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan juga Syaikhul Islam Ibnul Qayyim berkenaan dengan sikap ahlussunnah terhadap wafatnya Al-Husain, cucu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di hari Asyura.

Asy-Syaikh Ibnu Taimiyyah Al-Hambali Al-Harrani rahimahullah berkata,

"Ketahuilah, semoga Allah memberikan taufik-Nya kepadaku dan kepada engkau, bahwa kesyahidan yang menimpa Al-Husain radhiyallahu 'anhu di hari Asyura merupakan karamah dari Allah 'azza wa jalla yang dengannya Allah muliakan beliau, (merupakan) tambahan keberuntungan dan pengangkatan derajat di sisi Rabbnya, menggabungkan beliau ke derajat ahli baitnya yang suci, serta agar menjadi hina orang yang menzhalimi dan berbuat aniaya kepada beliau.

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda ketika ditanya tentang orang yang paling keras cobaannya, beliau menjawab,

"Para nabi, kemudian orang-orang shalih, kemudian yang paling mirip dengan mereka, kemudian yang di bawahnya. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika ada kekokohan dalam agamanya, akan ditambah ujiannya dan jika ada kelunakan dalam agamanya, maka akan diringankan. Dan terus saja ujian itu menimpa seorang mukmin sampai dia berjalan di atas muka bumi dalam keadaan tidak punya kesalahan lagi."

Sehingga seorang mukmin, jika telah tiba hari Asyura dan ingat peristiwa yang menimpa Al-Husain hendaknya dia menyibukkan diri dengan bacaan istirja' (innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'un), tiada lain, sebagaimana Allah Al-Maula 'azza wa jalla perintahkan ketika terjadi musibah sehingga dia bisa meraih pahala yang dijanjikan dalam firman-Nya,

"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah: 157)

(Hendaknya dia) memperhatikan buah dari ujian tersebut dan pahala yang Allah janjikan bagi orang-orang yang bersabar, di mana Dia berfirman,

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar: 10)

Dan bersaksi bahwa musibah itu dari Allah yang memberikan ujian, sehingga dengan penglihatan Dzat yang dicintainya akan lekas terlupakan rasa pahit dan susah cobaan tersebut. Allah berfirman,

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami." (Ath-Thuur: 48)

Dikatakan kepada seorang penjahat yang keji lagi licik, "Kapan hukuman cambuk dan potong itu terasa ringan bagimu?" Dia menjawab, "Ketika kami dilihat oleh orang yang kami senangi, kami pun menilai musibah itu sebagai kelapangan, keengganan sebagai pemberian dan musibah sebagai karunia."

Sehingga orang yang berakal akan selalu ingat semisal hal ini ketika keadaan seperti itu, akan menganggap kecil berbagai musibah, kesusahan dan cobaan dunia yang menimpanya, dan akan terhibur dan sabar menghadapi musibah-musibah yang menimpanya itu serta menyibukkan harinya dengan berbagai ketaatan dan amal shalih yang dimampuinya karena adanya motivasi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam untuk melakukan puasa di hari Asyura sehingga dengan semua itu dia menggunakan waktunya untuk berbagai macam taqarrub, mudah-mudahan dia ditulis dari golongan orang-orang yang mencintai keluarga dekat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Bukannya dia menjadikan hari tersebut untuk berkabung, meratap dan bersedih sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang bodoh itu, sebab yang seperti itu bukanlah akhlak dan jalan ahli bait Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Andaikan yang seperti ini merupakan jalan mereka, tentunya umat Islam akan menjadikan hari wafatnya Nabi mereka shallallahu 'alaihi wasallam sebagai hari berkabung tiap tahunnya. Ini semua tidak lain hanyalah penghiasan dan penyesatan syaithan.

Asy-Syaikh kemudian berkata setelah menyebutkan hal itu,

"Demikianlah, sebagaimana juga dihiaskan kepada kaum yang lain lawan dari perbuatan Rafidhah. Mereka menjadikan hari Asyura ini sebagai 'ied (hari raya), lantas mereka menampakkan kegembiraan dan suka cita.

Mungkin mereka dari golongan nawashib yang fanatik menancapkan permusuhan terhadap Al-Husain radhiyallahu 'anhu dan ahli baitnya atau dari kalangan orang-orang bodoh yang hendak menghadapi kerusakan dengan kerusakan, menghadapi keburukan dengan keburukan dan bid'ah. Mereka menampakkan perbuatan berhias seperti mencat rambut, memakai pakaian baru, bercelak, membagi sedekah, memasak berbagai makanan dan biji-bijian yang tidak biasanya mereka lakukan dalam keseharian. Mereka melakukan di hari itu apa yang dilakukan di hari raya dan mereka sangka bahwa hal seperti itu bagian dari As-Sunnah dan kebiasaan yang baik.

Adapun sunnahnya adalah meninggalkan hal itu seluruhnya, sebab tidak datang satu hadits pun yang bisa dijadikan sandaran dalam hal itu dan tidak ada atsar shahih untuk menjadi rujukan."

Sampai beliau berkata,

"Mereka dengan kebodohannya itu menjadikan hari Asyura sebagai suatu hari yang layaknya pekan raya 'ied dan kegembiraan. Adapun orang-orang Rafidhah menjadikannya sebagai hari berkabung, mereka tampakkan padanya berbagai kesedihan. Masing-masing dari kedua kelompok ini salah, keluar dari As-Sunnah, mencampakkan dirinya ke dalam perbuatan haram dan dosa."

Ibnul Qayyim berkata,

"Adapun hadits-hadits tentang memakai celak, minyak rambut, dan wewangian di hari Asyura, maka termasuk pemalsuan para pendusta. Lantas mereka dihadapi oleh kelompok yang lain yang menjadikan hari itu sebagai hari berkabung dan bersedih. Kedua kelompok ini sama-sama ahli bid'ah, keluar dari As-Sunnah.

Adapun apa yang disebutkan dari orang-orang Rafidhah yang mengharamkan daging binatang yang halal dimakan di hari Asyura sampai mereka membacakan kitab tentang kematian Al-Husain radhiyallahu 'anhu, termasuk kebodohan dan bahan tertawaan, dalam membantahnya tidak butuh kepada satu dalil pun. Cukup bagi kami Allah dan Dialah sebaik-baik Dzat yang diserahi urusan." Selesai ucapan Asy-Syaikh dengan sedikit diringkas.

(Diterjemahkan dari Ar-Radd alal Rafidhah karya Asy-Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab oleh Abu Hudzaifah Yahya, muraja'ah oleh Al-Ustadz Abu Isma'il Fuad. Terjemahan lengkap dari kitab yang diterbitkan oleh Penerbit Al-Ilmu, Jogjakarta -Muharram 1429 H)

Ghazwul Fikri - Peang Pemikiran

“ Hari ini kuliah kita ialah Ghazwul Fikri”.“Saudara-saudara tahu apakah dia Ghazwul Fikri?”

Tanya cikgu tajwid saya sebaik sahaja kami berlima selesai mengaji. Memang menjadi kebiasaan setiap malam Rabu saya akan memandu ke Umbai untuk belajar mengaji di rumah Abang Shaari. Selalunya sayalah orang yang selalu tidak hadir, bukan apa kadang-kadang masa terlalu suntuk. Biasanya selepas selesai semua mengaji, kami akan berusrah. Kami semua bersama-sama berbincang tentang pelbagai topik.

“ Fikri itu pemikiran Ustaz, tapi Ghazwul itu ma ma’na saya tak tahu” jawab saya.
“Betul Fikri itu pemikiran. Baik, untuk memahami kuliah kita ni, kita akan main satu permainan”

“Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur dan ditangan kanan saya ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka awak semua sebut “ Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka awak sebut “Pemadam!”.

Kami mengagguk tanda mengerti akan permainan ini. Permainan dimulakan. Beliau mengangkat tangannya silih berganti kiri dan kanan, semakin lama semakin cepat.
“Kapur!”
“Pemadam!”
“Kapur!”
“Pemadam!”

"Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka awak sebut "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan dijalankanlah adegan seperti tadi, tentu kami menjadi kelam kabut, dan sangat sulit untuk merubahnya. Namun lambat laun, kami dapat juga beradaptasi dan berjaya menyebut dengan betul.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada kami.

"Saudara-saudara, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita melauli berbagai cara, untuk membalikkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sulit bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disuap dan disogok dengan cara-cara yang menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kita terbiasa dengan hal itu. Dan kita mulai mengikutinya.

Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membalik nilai.

"Berpasang-pasangan tidak lagi sesuatu yang tabu, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian mini menjadi hal yang lumrah, sex before married menjadi suatu hiburan, materialistis dan permisive kini menjadi suatu gaya hidup pilihan, Berpeluk-pelukan dulu hanya adegan yang dilakonkan dalam drama tapi kini ianya bukan lakonan dalam reliti TV atau majlis anugerah dan lain-lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, kalian sedikit demi sedikit menerimanya. “Faham?" tanya beliau kepada kami.
"Faham..." respons spontan kami sambil mengangguk

"Baik permainan kedua..." begitu beliau melanjutkan. "Qur’an ini, saya letakkan di tengah karpet. Nah, sekarang kita semua berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah-tengah tanpa menginjak karpet?" Nah, nah, nah. Kami berpikir keras.
"Kita kait pakai tongkat..", cadang Abg Shaari.
Akhirnya Ustaz memberikan jalan keluar, beliau menggulung karpet tadi, dan ia ambil Qur'an yang kini telah hampir dengan beliau. Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet.

"Saudara-saudara, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan menginjak-injak kita dengan terang-terangan... Karena tentu kita akan menolaknya mentah mentah. Orang awam pun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung kita perlahan-lahan dari pinggir, tanpa kita sedari.

"Jika seseorang ingin membangun rumah yang kuat, maka dibangunkanlah foundation yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau membongkar pfoundation dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari disingkirkan dulu satu persatu, barulah rumah dihancurkan..."

Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup kita, model pakaian kita, dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri yakni perang pemikiran. Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... Faham?“

Terus saya teringat pada kata-kata Fateh rakan Turki saya di Facebook.

”Orang Barat memusuhi Islam bukan kerana mahu menegakkan ajaran Nabi Isa. Mereka membenci Islam sebab Islam menyekat kegilaaan hawa nafsu mereka. Itu sahaja,sebab itulah kita tengok, Kristian tidak ghairah membawa orang kepada agamanya. Apa yang mereka mahukan hanyalah mengeluarkan Muslim dari Islam.”,

Sekian