Thursday, November 19, 2009

Mengenang 40 Tahun Pembakaran Al Aqsa



Kompleks al Aqsa

Hari ini tanggal 21 Ogos adalah salah satu daripada tarikh hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 40 tahun yang lalu pada 21 Ogos 1969, maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid Al Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh Michael Dennis Rohan yang berasal dari Australia.

Pada peristiwa tersebut, Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al Aqsa untuk membakar hangus masjid dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hamper-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid Al Aqsa. Namun usaha gigih dan tangkas oleh penduduk Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk, akhirnya mereka berjaya memadamkan api tersebut. Kejadian tersebut dianggap sebagai satu jenayah besar yang memilukan bagi umat Islam di seluruh dunia yang turut diarasi hingga ke detik ini. Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersendirian dalam melakukan jenayah ini. Dia mendapat sokongan padu dari Rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina Kuil Yahudi Haikal Sulaiman atau ‘Solomon Temple’ di dataran baitul Maqdis tersebut. Menurut ramai saksi, pasukan tentera Israel pada hari itu dengan sengaja menutup saluran paip air menuju Masjid Al Aqsa agar agenda pembakaran yang dirancangdapat terus membakar keseluruhan bangunan masjid. Bahkan tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut. Kebakaran itu merupakan antara detik yang terparah dalam sejarah ancaman terhadap Masjid al Aqsa. Aksi biadab dan ganas itu telah menyebabkan sebahagian masjid al Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang termasuklah mimbar Salahudin al Ayubi yang bersejarah yang telah dibina sejak zaman Nuruddin al Zinki, mihrab Zakaria, Masjid Umar al Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid.

Apabila dihitung dengan lebih teliti, kemusnahan tersebut melebihi sepertiga daripada daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi keluasan asal kawasan masjid. Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menuembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat al Quran.

Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran tersebut, Michael Rohan telah ditangkap tetapi telah dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Malahan beliau dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang telah dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran kitab Talmud. Beliau turut menyatakan bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang didakwa sebagai perintah dari tuhan. Mahkamah Israel sememangnya sentiasa bersandiwara apabila memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan itu sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke Australia. Demikianlah betapa gigihnya pengganas zionis yang bekerja kuat siang dan malam memerah keringat serta menjalin kerjasama erat dengan rakan-rakan kroni. Mereka mempunyai objektif yang sama iaitu untuk menghapuskan Masjid Al Aqsa dari muka bumi serta membuat persiapan Bagi projek pembinaan kuil Yahudi impian mereka. Pembakaran al Aqsa telah mengundang aksi protes dari seluruh dunia Islam bermula dari Negara Maghribi di barat sehinggalah ke Indonesia di timur. Beberapa pertemuan dan perundingan di peringkat serantau dan antarabangsa telah diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terpaksa mengadakan sidang tergempar dan telah mengeluarkan resolusi 271 mengutuk Israel dan menyeru Israel agar menghentikan segala usaha yang bertujuan untuk merubah status Kota Baitul Maqdis ( Jerusalem ) dan pengyahudian Masjid al Aqsa.

Para pemimpin Negara-negara Islam telah bergabung dan bersetuju untuk menubuhkan OIC ekoran dari pembakaran Masjid al Aqsa tersebut. Mereka telah mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu Negara Maghribi serta telah menghasilkan beberapa resolusi bagi mencegah apa juga usaha penodaan Masjid al Aqsa. Namun sedihnya keputusan-keputusan itu semuanya hanya tinggal sebagai resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan.

Masjid al Aqsa mula jatuh ke tangan yahudi pada Jun 1967 dengan tertawannya bahagian timur Baitul Maqdis. Bermula dari peristiwa yang dikenali sebagai an-Naksah ( malapetaka yang berulang ) itu, Masjid al Aqsa terus dinodai kesuciannya. Kerapkali berlaku peristiwa demi peristiwa di masjid yang diberkati ini dengan kejadian yang begitu menguji perasaan dan hati sanubari umat Islam. Juga kerapkali berlaku ketegangan politik dunia Islam disebabkan Masjid al Aqsa sentiasa diganggu-gugat kemuliaanya oleh golongan Yahudi radikal yang bersekongkol dengan rejim Zionis Israel. Sudah terlalu banyak kes jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap masjid al Aqsa yang merupakan jantung hati umat Islam. Kesimpulannya, apa yang telah, sedang dan akan berlaku terhadap masjid al Aqsa merupakan sesuatu yang sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan umat Islam dari terus lena dalam buaian mimpi. Sebagai kiblat pertama bagi umat Islam, masjid yang ke tiga suci serta bumi Isra’ dan Mi’raj, Masjid al Aqsa mesti diselamatkan dari kemusnahan dan kehancuran oleh tangan-tangan pengganas rejim Zionis dan pelampau Yahudi.
Kini setelah 40 tahun pembakaran Masjid al Aqsa, masih ada ribuan lagi anggota kumpulan pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk merobohkan Masjid al Aqsa yang diberkati itu.




"... Saya meninggalkan keKhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu melainkan kerana tipu daya dengan berbagai ancaman dari tokoh-tokoh Organisasi Persatuan yang dikenali sebagai Cun Turk (Jeune Turk) sehingga saya terpaksa meninggalkan keKhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulangkali agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan berulangkali yang memalukan ini. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pound sterling emas. Saya tetap bertegas menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan kata-kata, "Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. 30 tahun lebih aku mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniyah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian."
Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawapan saya itu, mereka dengan kekuatan rahsia yang dimiliki memaksa saya menanggalkan keKhalifahan dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniyah dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negara Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulangi rasa syukur kepada Allah Ta'ala yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia, mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, anda berserta jama'ah yang anda bina memaklumi semua itu.
Wassalamualaikum wr. wb,
22 September,
tandatangan
Pelayan Kaum Muslimin,
Abdul Hamid bin Abdul Majid
-Warkah Sultan Abdul Hamid II kepada gurunya Syeikh Mahmud Abd Samad selepas dipecat dari jawatan Khalifah. Sultan Abdul Hamid II menjadi benteng terakhir kepada Masjid al Aqsa.
-Masjid al Aqsa hanya boleh diselamatkan dengan Khilafah Islamiyah.





Output Sekolah Mana?

‘Kenapalah digelapkan masa depan budak tu?’

Macam nak terlepas gelas yang saya pegang bila mendengar komen cikgu ni.

Ahad lepas macam biasa saya bersarapan di kedai sepupu. Satu meja dengan beberapa rakan dikampung. Semua orang sedang bercerita tentang prestasi anak-anak yang baru dapat keputusan SPM. Alhamdulillah anak buah yang kembar tu dapat 6A dan 5A.

Abg Man seorang peniaga barang permainan di pasar malam pula bercerita tentang adiknya yang menghantar anaknya masuk sekolah Tahfiz di Kelang. Saya tahu sedikit sebanyak pasal sekolah ni. Ianya tidak seperti sekolah tahfiz Old school. Ianya lebih komprehensif. Tapi bukan itu yang nak saya ceritakan.

Bersama kami tu ada seorang cikgu sekolah rendah yang dalam lingkungan 40 an terus memberi komen diatas tadi sambil menyambung.’Apa budak tu nak kerja besok?’ Tersentak.

‘Cerah sangat ke masa depan dia kalau belajar kat sekolah biasa ni cikgu?’ Tah macam mana longkah je mulut ni bertanya balik.

Ni dah tahap kritikal ni... macam mana orang kita boleh berfikiran macam ni.. Cikgu pulak tu..

“Cikgu tau tak, setiap bank dan financial institution kat Malaysia ni sekarang belumba-lumba nak amik penasihat syariah. Jangan kata Bursa Malaysia, Dow Jones dan NYSE tu pun ada orang Syariah. Pasal ijtihad dia orang ni lah kita sekarang dah ada banyak produk Islamik yang bebas dari riba. Ingat gaji dia orang tu sikit-sikit ke? Agaknya belajar fiqh (fekah) takat SPM tu boleh ke keluarkan ijtihad-ijtihad untuk transaksi yang baru-baru ni?“

Bertubi-tubi soalan saya. Berubah muka cikgu tu. Saya geram sebenarnya. Disebabkan cikgu tu bercakap guna hukum akal, maka saya pun perlu berhujah ikut hukum akal jugak dengan dia.

Ya betul, jawatan ni masih banyak kekosongan. Mari kita ambil contoh di Bursa Malaysia. Di papan utama sahaja ada lebih kurang 1000 kaunter ( syarikat ), setakat March 2008, 85% daripadanya ada penasihat syariah. Ok, Fee untuk penasihat syariah untuk satu kaunter ialah min RM 18000 setahun, kali kan dengan 850 Syarikat. Berapa? Dan tu baru papan utama, belum papan kedua, ketiga dan dana-dana unit amanah lagi.Bank-bank, syarikat-syarikat insurans dan syarikat korporat pun kini dah mula hire penasihat syariah mereka sendiri.

Saya bukan anti sekolah kebangsaan bahkan itulah jugak sekolah saya. Tapi saya kesal bila orang islam sendiri tak yakin dengan Islam. Ni satu penyakit jugak. Jangan pandang rendah pada pendidikan agama. Sekolah agama ni bukan untuk keluarkan Pak Imam atau Kadhi je.Ada juga Doktor, Jurutera, Pakar motivasi, Tentera dan kini Penasihat Syariah.

Salahuddin Al Ayubi tu sendiri seorang doctor.