Thursday, November 19, 2009

Output Sekolah Mana?

‘Kenapalah digelapkan masa depan budak tu?’

Macam nak terlepas gelas yang saya pegang bila mendengar komen cikgu ni.

Ahad lepas macam biasa saya bersarapan di kedai sepupu. Satu meja dengan beberapa rakan dikampung. Semua orang sedang bercerita tentang prestasi anak-anak yang baru dapat keputusan SPM. Alhamdulillah anak buah yang kembar tu dapat 6A dan 5A.

Abg Man seorang peniaga barang permainan di pasar malam pula bercerita tentang adiknya yang menghantar anaknya masuk sekolah Tahfiz di Kelang. Saya tahu sedikit sebanyak pasal sekolah ni. Ianya tidak seperti sekolah tahfiz Old school. Ianya lebih komprehensif. Tapi bukan itu yang nak saya ceritakan.

Bersama kami tu ada seorang cikgu sekolah rendah yang dalam lingkungan 40 an terus memberi komen diatas tadi sambil menyambung.’Apa budak tu nak kerja besok?’ Tersentak.

‘Cerah sangat ke masa depan dia kalau belajar kat sekolah biasa ni cikgu?’ Tah macam mana longkah je mulut ni bertanya balik.

Ni dah tahap kritikal ni... macam mana orang kita boleh berfikiran macam ni.. Cikgu pulak tu..

“Cikgu tau tak, setiap bank dan financial institution kat Malaysia ni sekarang belumba-lumba nak amik penasihat syariah. Jangan kata Bursa Malaysia, Dow Jones dan NYSE tu pun ada orang Syariah. Pasal ijtihad dia orang ni lah kita sekarang dah ada banyak produk Islamik yang bebas dari riba. Ingat gaji dia orang tu sikit-sikit ke? Agaknya belajar fiqh (fekah) takat SPM tu boleh ke keluarkan ijtihad-ijtihad untuk transaksi yang baru-baru ni?“

Bertubi-tubi soalan saya. Berubah muka cikgu tu. Saya geram sebenarnya. Disebabkan cikgu tu bercakap guna hukum akal, maka saya pun perlu berhujah ikut hukum akal jugak dengan dia.

Ya betul, jawatan ni masih banyak kekosongan. Mari kita ambil contoh di Bursa Malaysia. Di papan utama sahaja ada lebih kurang 1000 kaunter ( syarikat ), setakat March 2008, 85% daripadanya ada penasihat syariah. Ok, Fee untuk penasihat syariah untuk satu kaunter ialah min RM 18000 setahun, kali kan dengan 850 Syarikat. Berapa? Dan tu baru papan utama, belum papan kedua, ketiga dan dana-dana unit amanah lagi.Bank-bank, syarikat-syarikat insurans dan syarikat korporat pun kini dah mula hire penasihat syariah mereka sendiri.

Saya bukan anti sekolah kebangsaan bahkan itulah jugak sekolah saya. Tapi saya kesal bila orang islam sendiri tak yakin dengan Islam. Ni satu penyakit jugak. Jangan pandang rendah pada pendidikan agama. Sekolah agama ni bukan untuk keluarkan Pak Imam atau Kadhi je.Ada juga Doktor, Jurutera, Pakar motivasi, Tentera dan kini Penasihat Syariah.

Salahuddin Al Ayubi tu sendiri seorang doctor.

No comments:

Post a Comment