Wednesday, October 28, 2009

SEJADAH SOLAT... AJAIBNYA


Perasan tak yang tv dan paper ni ada musim beritanya. Kalau cerita pasal ular sawa keluar, tiap2 hari cerita ular sawa. Ular sawa makan kambing la, ular sawa makan lembu la, ular sawa makan orang la ( ni tahun 95 dulu kat johor kalau tak silap). Lepas tu cerita liwat. Hari2 berita pasal liwat keluar takde lagi cerita pasal ular sawa padahal bukan takde ular sawa makan kambing lagi kan? Minggu ni pasal sejadah sembahyang pulak.
Kalau ada yang menonton berita dua malam lepas dan malam sebelumnya, pasti anda melihat tentang kejadian yang dikatakan pelik berlaku di Kelantan dan Kedah. Diberitakan tentang penemuan sejadah yang dikatakan dalam posisi sedang bersolat. Kejadian ini berlaku semuanya di surau sekolah agama. Maka ramailah orang yang datang berkerumun untuk melihat sendiri kejadian tersebut. Sejadah-sejadah tersebut berada didalam beberapa barisan menyerupai saf solat. Salah seorang guru memberi komen ketika ditanya wartawan daripada TV9 “ Mungkin ini satu peringatan kepada orang-orang yang malas nak solat berjemaah atau pada murid-murid yang malas nak solat berjemaah, tu kalau kita fikir dari sudut positiflah”. Apa yang agak menyedihkan, ditunjukkan seorang perempuan ( saya kira seorang murid ) seperti sedang memeluk sambil merapatkan mukanya pada salah satu dari sejadah tersebut.

Beberapa persoalan timbul dalam kepala saya semasa menonton berita ini. Pertama sekali kenapa disebut dalam posisi bersolat akan sejadah2 tersebut? Kenapa tak sebut dalam posisi duduk ke, posisi berteleku ke atau posisi apa-apa pun? Adakah kerana berlaku didalam surau? Disebut lagi sejadah2 tu mengadap kiblat. Bagaimana yang dikatakan mengadap kiblat? Mana bahagian muka sejadah tu sampai boleh dikatakan mengadap kiblat? Mengadap kiblat ada caranya baik ketika berdiri, duduk dan berbaring dan semuanya melibatkan muka kan? Saya rasa wartawan tu mengatakan sejadah2 tu dalam posisi bersolat supaya beritanya lebih sensasi dan dapat menarik audien untuk menonton beritanya. Cuba beritanya begini “ Satu kejadian aneh berlaku di Sekolah sekian-sekian dimana para pelajar menemui semua sejadah2 didalam surau sekolah tersebut seperti keadaan manusia sedang duduk sambil berborak”. Mesti takde orang nak tengok kerana dah kurang spectacular nya betul tak? Dan paling penting takde orang nak percaya walaupun ditunjukkan visual di depan mata.

Kedua dan yang paling penting, macam mana sejadah2 tu boleh berada dalam keadaan begitu? Untuk mendapatkan kepastian, saya cuba sendiri ‘dudukkan’ sejadah di rumah saya. Ternyata bukanlah satu perkara yang sukar dibuat. Tak sampai 30 saat saya berjaya buat sama seperti yang ditunjukkan di tv tadi malah saya berjaya dalam cubaan pertama. Aisyah bertepuk tangan melihat sejadah tu kini dalam keadaan seperti sedang duduk. Mungkin perkara tu pelik dan ajaib bagi kanak-kanak 2 setengah tahun seperti Aisyah.

Imam Al Ghazali ada menyebut dalam sebuah buku yang saya baca ( tapi tak ingat judulnya ):
“ Jangan kamu mengambil hukum daripada orang yang tidak belajar ilmu Mantiq ( logic )”.
Jadi saya cuba mencari penjelasan logic pada kejadian ini dan saya dapat penjelasan logiknya bagaimana sejadah2 tersebut dalam keadaan ‘bersolat’ ialah ianya dibuat oleh manusia dan saya syak murid2 sekolah itu sendiri yang melakukannya ( saya dulupun pernah jugak buat benda2 macam tu masa kat sekolah).Atas niat apa tidaklah saya ketahui.Dan wartawan mensensasikan cerita tersebut. Kalau sebabnya sekadar nak melariskan berita dan menaikkan rating ok juga lagi, tapi kalau sebab nak memesongkan akidah umat Islam hasil dari hasutan syaitan, ianya tidak patut dibiarkan.

Kita memang cenderung pada perkara yang pelik atau diluar kebiasaan.Yang tidak mengikut hukum ‘sebab dan akibat’ ( cause and effect ).Kita menganggap pelik kalau ada orang berjalan di atas air yang mana seekor ikan yang kecil boleh melakukannya. Kita kagum kalau melihat orang terapung diatas angin sedangkan sekecil-kecil serangga pun boleh melakukannya. Apa peliknya sejadah berkeadaan begitu sedangkan sekali cuba saja saya berjaya ‘dudukkannya’. Yang peliknya kenapa menganggap sejadah itu bersolat? Lagi pelik kenapa dipeluknya pulak sejadah tu?

Sikap seperti itu menunjukkan kedangkalan pengetahuannya, dan tidak akan dapat menambah keyakinan, diantaranya termasuk menisbatkan keistimewaan2 yang diperoleh berdasarkan ketentuan2 alam. Misalnya ‘berhala’ adalah batu yang layak dipakai untuk membangunkan gedung atau landasan jalan. Inilah keistimewaannya. Selain itu sama sekali tidak ada, seperti yang dianggap oleh abdi-abdinya. Contoh lainnya, ‘Lembu’ yang dijadikan persembahan oleh orang-orang hindu. Keistimewaan lembu ini adalah susunya yang dapat diminum dan dagingnya untuk dimakan. Selain itu sama sekali tidak ada, baik mengenai kesuciannya ataupun dekatnya kepada ALLAH.Begitulah seluruh unsur ciptaan ALLAH, keistimewaannya tidak ditentukan oleh kepercayaan orang-orang bodoh itu. Bahkan dia itu akan abadi sepanjang garis yang ditentukan oleh kekuasaan ALLAH yang maha tinggi, dan dapat diketahui dengan pengetahuan-pengetahuan yang benar. Kebenaran ini didukung oleh Islam.[1]


Sekian




[1] Dr Yusuf Qardhawi : Bid’ah dan Syirik ms.91.

No comments:

Post a Comment