Wednesday, October 28, 2009

SEJADAH SOLAT... AJAIBNYA


Perasan tak yang tv dan paper ni ada musim beritanya. Kalau cerita pasal ular sawa keluar, tiap2 hari cerita ular sawa. Ular sawa makan kambing la, ular sawa makan lembu la, ular sawa makan orang la ( ni tahun 95 dulu kat johor kalau tak silap). Lepas tu cerita liwat. Hari2 berita pasal liwat keluar takde lagi cerita pasal ular sawa padahal bukan takde ular sawa makan kambing lagi kan? Minggu ni pasal sejadah sembahyang pulak.
Kalau ada yang menonton berita dua malam lepas dan malam sebelumnya, pasti anda melihat tentang kejadian yang dikatakan pelik berlaku di Kelantan dan Kedah. Diberitakan tentang penemuan sejadah yang dikatakan dalam posisi sedang bersolat. Kejadian ini berlaku semuanya di surau sekolah agama. Maka ramailah orang yang datang berkerumun untuk melihat sendiri kejadian tersebut. Sejadah-sejadah tersebut berada didalam beberapa barisan menyerupai saf solat. Salah seorang guru memberi komen ketika ditanya wartawan daripada TV9 “ Mungkin ini satu peringatan kepada orang-orang yang malas nak solat berjemaah atau pada murid-murid yang malas nak solat berjemaah, tu kalau kita fikir dari sudut positiflah”. Apa yang agak menyedihkan, ditunjukkan seorang perempuan ( saya kira seorang murid ) seperti sedang memeluk sambil merapatkan mukanya pada salah satu dari sejadah tersebut.

Beberapa persoalan timbul dalam kepala saya semasa menonton berita ini. Pertama sekali kenapa disebut dalam posisi bersolat akan sejadah2 tersebut? Kenapa tak sebut dalam posisi duduk ke, posisi berteleku ke atau posisi apa-apa pun? Adakah kerana berlaku didalam surau? Disebut lagi sejadah2 tu mengadap kiblat. Bagaimana yang dikatakan mengadap kiblat? Mana bahagian muka sejadah tu sampai boleh dikatakan mengadap kiblat? Mengadap kiblat ada caranya baik ketika berdiri, duduk dan berbaring dan semuanya melibatkan muka kan? Saya rasa wartawan tu mengatakan sejadah2 tu dalam posisi bersolat supaya beritanya lebih sensasi dan dapat menarik audien untuk menonton beritanya. Cuba beritanya begini “ Satu kejadian aneh berlaku di Sekolah sekian-sekian dimana para pelajar menemui semua sejadah2 didalam surau sekolah tersebut seperti keadaan manusia sedang duduk sambil berborak”. Mesti takde orang nak tengok kerana dah kurang spectacular nya betul tak? Dan paling penting takde orang nak percaya walaupun ditunjukkan visual di depan mata.

Kedua dan yang paling penting, macam mana sejadah2 tu boleh berada dalam keadaan begitu? Untuk mendapatkan kepastian, saya cuba sendiri ‘dudukkan’ sejadah di rumah saya. Ternyata bukanlah satu perkara yang sukar dibuat. Tak sampai 30 saat saya berjaya buat sama seperti yang ditunjukkan di tv tadi malah saya berjaya dalam cubaan pertama. Aisyah bertepuk tangan melihat sejadah tu kini dalam keadaan seperti sedang duduk. Mungkin perkara tu pelik dan ajaib bagi kanak-kanak 2 setengah tahun seperti Aisyah.

Imam Al Ghazali ada menyebut dalam sebuah buku yang saya baca ( tapi tak ingat judulnya ):
“ Jangan kamu mengambil hukum daripada orang yang tidak belajar ilmu Mantiq ( logic )”.
Jadi saya cuba mencari penjelasan logic pada kejadian ini dan saya dapat penjelasan logiknya bagaimana sejadah2 tersebut dalam keadaan ‘bersolat’ ialah ianya dibuat oleh manusia dan saya syak murid2 sekolah itu sendiri yang melakukannya ( saya dulupun pernah jugak buat benda2 macam tu masa kat sekolah).Atas niat apa tidaklah saya ketahui.Dan wartawan mensensasikan cerita tersebut. Kalau sebabnya sekadar nak melariskan berita dan menaikkan rating ok juga lagi, tapi kalau sebab nak memesongkan akidah umat Islam hasil dari hasutan syaitan, ianya tidak patut dibiarkan.

Kita memang cenderung pada perkara yang pelik atau diluar kebiasaan.Yang tidak mengikut hukum ‘sebab dan akibat’ ( cause and effect ).Kita menganggap pelik kalau ada orang berjalan di atas air yang mana seekor ikan yang kecil boleh melakukannya. Kita kagum kalau melihat orang terapung diatas angin sedangkan sekecil-kecil serangga pun boleh melakukannya. Apa peliknya sejadah berkeadaan begitu sedangkan sekali cuba saja saya berjaya ‘dudukkannya’. Yang peliknya kenapa menganggap sejadah itu bersolat? Lagi pelik kenapa dipeluknya pulak sejadah tu?

Sikap seperti itu menunjukkan kedangkalan pengetahuannya, dan tidak akan dapat menambah keyakinan, diantaranya termasuk menisbatkan keistimewaan2 yang diperoleh berdasarkan ketentuan2 alam. Misalnya ‘berhala’ adalah batu yang layak dipakai untuk membangunkan gedung atau landasan jalan. Inilah keistimewaannya. Selain itu sama sekali tidak ada, seperti yang dianggap oleh abdi-abdinya. Contoh lainnya, ‘Lembu’ yang dijadikan persembahan oleh orang-orang hindu. Keistimewaan lembu ini adalah susunya yang dapat diminum dan dagingnya untuk dimakan. Selain itu sama sekali tidak ada, baik mengenai kesuciannya ataupun dekatnya kepada ALLAH.Begitulah seluruh unsur ciptaan ALLAH, keistimewaannya tidak ditentukan oleh kepercayaan orang-orang bodoh itu. Bahkan dia itu akan abadi sepanjang garis yang ditentukan oleh kekuasaan ALLAH yang maha tinggi, dan dapat diketahui dengan pengetahuan-pengetahuan yang benar. Kebenaran ini didukung oleh Islam.[1]


Sekian




[1] Dr Yusuf Qardhawi : Bid’ah dan Syirik ms.91.

Tuesday, October 20, 2009

Macam Mana nak melabur dalam Unit Trust ni?

Cash:
1.Fill up form.
2. Bawa form yg telah diisi dengan cash utk initial investment, ( berapa banyak pun tp minimumnye 1000 la ye ) ke mana2 Public bank Branch.
3. P Bank akan bg blk copy warna kuning dan Hijau. Simpan copy tu sampai dapat statement via pos. Dia tak pakai buku ye.
Document diperlukan : fotokopi IC
Kalau kemudian nak tambah, pegi je mana2 Public Bank isi form ( kat sana ada ) dan deposit duit. Untuk yang ni minimumnya 100.

Kalau malas, nak pegi bank tiap2 bulan, boleh jugak buat Direct Debit dari Maybank, PB @ BSN untuk masuk ke account P Mutual td. 100 sebulan ke, 120 ke, 980 ke berapa2 ajelah tp minimumnya 100. Saya suggestkan buat yang ni. Idealnya kita perlu saving 30% dpd income bulanan kita tiap2 bulan. Boleh mulakan dengan 10%.

EPF:
Fill Up form
Kena turunkan cap jari
saya akan submitkan ke Public Mutual Branch.
Document diperlukan : Fotokopi Ic jugak.

Biler kiter boleh kuar kan?

a) semua
b) profit earn
Boleh keluar bila2 masa. Samada semua sekali atau sebahagian saja.

Caranya:

Pergi kemana-mana Public Mutual Branch , isi form untuk cash out, pilihla nak keluarkan semua ke atau partial. Untuk cash, duit tadi akan di kreditkan ke mana2 saving account kita ie. Maybank, Public bank, BSN giro etc dlm tempoh 5 ~ 10 hari.

Document diperlukan : IC & buku akaun simpanan, kalau takde buku, no akaun pun cukup

Kalau EPF pula prosesnya sama Cuma ada dua keadaan:
1.duit tadi akan di masukkan semula ke akaun satu KWSP kalau masih belum sampai umur 55 thn
2. Atau biarkan dia beranak sampai umur 55 thn, pastu baru keluarkan. Ketika tu Public Mutual akan kreditkan terus ke mana2 saving akaun yg kita suruh

ADA BERAPA JENIS FUND?

Basically ada 3 kategori
Dana Bond / Sukuk – Pendapatan tahunan
Dana Seimbang
Dana Equity. – Pertumbuhan modal

Untuk KWSP, saya cadangkan dana Equity, pasal masa tu panjang, sampai umur 55. Saya suggest Public Islamic Select Treasure Fund dan utk Cash saya suggestkan dana seimbang Public Islamic Dividend Fund.

6 JANGAN BILA NAK MELABUR

Saya sbg consultant memang sentiasa monitor semua investment portfolio client saya. Walaupun boleh withdraw anytime, tp saya selalu ingatkan investor saya supaya focus pada dia punye financial objective. Bagi la investment tu masa sikit untuk berkembang. Basically saya selalu bagi guideline untuk investor :

1: Jangan meminjam untuk melabur.
2: Jangan laburkan semua duit sekaligus.
3: Jangan laburkan duit yang kita nak pakai tak lama lagi i.e bulan depan ke, 3 bln lagi.
4: Jangan speculate.
5: Bagi cukup masa untuk pelaburan berkembang
6: Labur pada yang Shariah comply sahaja.

Consider sekali 4 faktor ni sebelum decide untuk invest duit kita kat mana2 sekali pun:

Bank / Institusi kewangan/Syarikat yang kukuh – P Mutual Largest & the Best Investment Bank in Malaysia
Pulangan yang kompetitif – anda nak 7% ke 20% ?
Pelaburan yang tanpa was-was – Halal ke Haram ke?... Saya hanya proposed Dana Islamic saja.
Tanpa ikatan – Unit trust liquidity nye tinggi. Boleh keluar bila2 masa tanpa syarat unlike FD or Koperasi

Unit Trust? Apa? Bagaimana?

Basically kita dah lama tahu pasal unit amanah melalui ASB/ASN. Bezanya ASB tu kerajaan punye. Yang swasta ada lebih dpd 36 institusi dan bank pelaburan yang sediakan jugak.

Basically Fund2 unit trust ni kita boleh bagikan pada 3 kategori iaitu:

Bond Fund ( 3% ~ 7%)
Balance Fund ( 8% ~ 12%)
Equity Fund. ( 12% ~ 20%)


Macam mana nak invest?

1.Kita boleh invest duit cash kita.

2. Kita jugak boleh transfer portion dpd akaun 1 kwsp ke mana2 unit trust yang kita suka termasuk ASN ( ASB tak boleh) pada yang layak saja.

3. Dua- dua pun boleh.

Untuk initial investment biasanya RM 1000 dan additional investment RM 100. tu yang minimumnye.

Comparison:

Investment di Fixed Deposit ( avg 3%/annum ), ASB ( Avg 9%/annum ) dan Equity Fund ( Avg 15%) sebanyak RM 10000 selama 5 tahun. Andaikan semua faedah / dividen dilaburkan semula.

FD = RM 11592.74
ASB = RM 15286.23
PM Equity = 20113.57

Kita boleh lihat investor rugi hampir 10 ribu jika di FD dan hampir 5 ribu jika di ASB dari segi compounding.

Sori agak susah nak explain in writing,

P.s. Saya hanya syorkan Islamic Fund sahaja.

Sekian

Thursday, October 15, 2009

THE MEANING OF RIBA

Riba is an Arabic word which literally means ‘increase’, ‘growth’, ‘to rise’ and ‘to become lofty’
From Shariah (Islamic law) point of view, however, riba technically refers to the ‘premium’ that must be paid by the borrower to the lender along with the principle amount as a condition for the loan or for an extension on its maturity.
(M. Umer Chapra, 1992)



Riba (interest) = Excess over loan (lending)
Profit = Excess over buy and sell (trade)

WHAT IS ISLAMIC BANKING

Islamic banking is a term that reflects banking business, which is not contradictory to Islamic law principles. Islamic banking is based on certain Islamic principles (hukum) before they are translated into practical operations. The most obvious feature of Islamic banking is that it denounces the practice of riba (usury or interest)

Malaysia’s Islamic Banking Act, Section Two defined Islamic banking as banking business whose aims and operations do not involve any element which is not approved by the Religion of Islam.

Other terminologies for Islamic banking:

Syariah banking, interest-free banking, muamalah banking,riba-free banking, lariba banking, no riba banking


MAJOR CONTRACTS FOR ISLAMIC BANKING

i) Musyarakah : joint-venture profit sharing
ii) Mudharabah : trustee profit sharing
iii) Bai Bithaman Ajil / Bai Muajal : deferred payment sale
iv) Murabahah : cost-plus sale
v) Ijarah : leasing
vi) Istisna : Sale by order
vii)Qardhul Hasan : Benevolent loan
viii) Wadiah : safe keeping

Wednesday, October 14, 2009

Mari Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum.


Kalimah kita pada minggu ini ialah:

بِسُهُولَةٍ : dengan mudah.

Kali ini kita akan lihat lagi contoh penggunaannya dalam perbualan yang lain pula.

Contoh:

هَلْ ١لبَحْْڽُ عَنْ عُنْوَ١نِ بَيْتِى صَعْبٌ؟
لاَ جِئْتُ بِسُهُولَةٍ

ادكه سوسه منچاري علامت رومه ساي؟تيدق، ساي داتڠ دڠن موده.




Adakah susah mencari alamat rumah saya?
Tidak, saya datang dengan mudah.


Maksud secara حَرْفِ

هَلْ : Adakah
١لبَحْْڽُ : mencari

عُنْوَ١نِ : Alamat

بَيْتِى : Rumah saya.
Kata dasarnya adalah بَيْتٌ iaitu rumah.
Huruf 'ى' yang tidak bertitik di akhir kalimah tersebut adalah
menunjukkan ضَامِرْ ( kata ganti nama ) saya atau aku.
Mesti kita biasa dengar ayat ini:
بَيْتِى جََنﱠتِى : Rumahku Syurgaku.
Jadi kalau nak menyatakan sesuatu itu ‘saya’ yang punya tambahkan saja 'ى'
Di akhir أِسِمْ.

Contoh lain:
عَيْنٌ + ى = عَيْنِى = Mataku / mata saya.
أِسِم + ى = أِسْمِى = Nama saya

صَعْبٌ : Susah.

لاَ : Tidak
جِئْتُ : Saya telah datang
Kata dasarnya ialah جَأَ١ yang bermaksud datang. kenapa جِئْتُ membawa maksud ‘ saya telah datang’? Ini adalah kerana 'تُ' membawa maksud ‘saya’ mengikut kaedah فِعِلْ مَاضِ ( past tense ). Kita akan lihat فِعِلْ مَاضِ ini dengan lebih detail lagi kaedah2nya pada masa akan datang. Minggu ini saya tunjukkan untuk ضَامِرْ ‘saya’ أَنَا dan ‘kami’ نَحْنُ sahaja.

Contoh:
شَرَبَ + تُ = شَرَبْتُ = Saya telah minum
شَرَبَ + نَ = شَرَبْنَ = Kami telah minum.



بِسُهُولَة = dengan mudah ( kalimah kita minggu ini )




Sekian