Monday, January 4, 2010

Ghazwul Fikri - Peang Pemikiran

“ Hari ini kuliah kita ialah Ghazwul Fikri”.“Saudara-saudara tahu apakah dia Ghazwul Fikri?”

Tanya cikgu tajwid saya sebaik sahaja kami berlima selesai mengaji. Memang menjadi kebiasaan setiap malam Rabu saya akan memandu ke Umbai untuk belajar mengaji di rumah Abang Shaari. Selalunya sayalah orang yang selalu tidak hadir, bukan apa kadang-kadang masa terlalu suntuk. Biasanya selepas selesai semua mengaji, kami akan berusrah. Kami semua bersama-sama berbincang tentang pelbagai topik.

“ Fikri itu pemikiran Ustaz, tapi Ghazwul itu ma ma’na saya tak tahu” jawab saya.
“Betul Fikri itu pemikiran. Baik, untuk memahami kuliah kita ni, kita akan main satu permainan”

“Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur dan ditangan kanan saya ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka awak semua sebut “ Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka awak sebut “Pemadam!”.

Kami mengagguk tanda mengerti akan permainan ini. Permainan dimulakan. Beliau mengangkat tangannya silih berganti kiri dan kanan, semakin lama semakin cepat.
“Kapur!”
“Pemadam!”
“Kapur!”
“Pemadam!”

"Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka awak sebut "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan dijalankanlah adegan seperti tadi, tentu kami menjadi kelam kabut, dan sangat sulit untuk merubahnya. Namun lambat laun, kami dapat juga beradaptasi dan berjaya menyebut dengan betul.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada kami.

"Saudara-saudara, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita melauli berbagai cara, untuk membalikkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sulit bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disuap dan disogok dengan cara-cara yang menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kita terbiasa dengan hal itu. Dan kita mulai mengikutinya.

Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membalik nilai.

"Berpasang-pasangan tidak lagi sesuatu yang tabu, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian mini menjadi hal yang lumrah, sex before married menjadi suatu hiburan, materialistis dan permisive kini menjadi suatu gaya hidup pilihan, Berpeluk-pelukan dulu hanya adegan yang dilakonkan dalam drama tapi kini ianya bukan lakonan dalam reliti TV atau majlis anugerah dan lain-lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, kalian sedikit demi sedikit menerimanya. “Faham?" tanya beliau kepada kami.
"Faham..." respons spontan kami sambil mengangguk

"Baik permainan kedua..." begitu beliau melanjutkan. "Qur’an ini, saya letakkan di tengah karpet. Nah, sekarang kita semua berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah-tengah tanpa menginjak karpet?" Nah, nah, nah. Kami berpikir keras.
"Kita kait pakai tongkat..", cadang Abg Shaari.
Akhirnya Ustaz memberikan jalan keluar, beliau menggulung karpet tadi, dan ia ambil Qur'an yang kini telah hampir dengan beliau. Ia memenuhi syarat, tidak menginjak karpet.

"Saudara-saudara, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan menginjak-injak kita dengan terang-terangan... Karena tentu kita akan menolaknya mentah mentah. Orang awam pun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung kita perlahan-lahan dari pinggir, tanpa kita sedari.

"Jika seseorang ingin membangun rumah yang kuat, maka dibangunkanlah foundation yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau membongkar pfoundation dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari disingkirkan dulu satu persatu, barulah rumah dihancurkan..."

Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup kita, model pakaian kita, dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri yakni perang pemikiran. Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... Faham?“

Terus saya teringat pada kata-kata Fateh rakan Turki saya di Facebook.

”Orang Barat memusuhi Islam bukan kerana mahu menegakkan ajaran Nabi Isa. Mereka membenci Islam sebab Islam menyekat kegilaaan hawa nafsu mereka. Itu sahaja,sebab itulah kita tengok, Kristian tidak ghairah membawa orang kepada agamanya. Apa yang mereka mahukan hanyalah mengeluarkan Muslim dari Islam.”,

Sekian

No comments:

Post a Comment